Products Promotion

Baca Quran 2u

product

Price: RM130

Detail

Maskahwin

product

Price: RM20

Detail

Kedai-Buku.com

product

Price: Assorted

Detail

Balik Raya ('',)

Lama tak update blog ni. Harap-haraplah tak bersawang lagi ya wahai pemilik blog. Bagitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar, suda masuk 19 hari berpuasa. Ya Allah, hamba Mu ini terlalu lalai dalam mendekatkan diri kepada Mu ya Allah. Janganlah Engkau biarkan hati ini terus lalai dalam mengngati Mu. Beberapa hari ini, entah apa yang aku sibukkan. Nak cakap sibuk study, tak jugak sebab banyak assigmnt yang tertangguh. Malam ni aku perlu siapkan dua asgmnt, yang sepatutnya sudah diselesaikan sebelum hari minggu ni. Nak cakap sibuk beribadat, jauhlah sangat...sebab solat terawih pun ada yang masih aku tinggalkan ataupun tak sempat. Ya Allah, begitu dhaifnya hamba Mu ini. Kadangkala hati ini tidak mampu untuk menangkis panahan maksiat...banyak kesalahan yang aku telah lakukan, padahal bulan yang berkat inilah sepatutnya bertambah amalan. Tapi aku...

Ya Allah, Engkau bersihkanlah hatiku, mudahkanlah hamba Mu ini menerima ilmu Mu di bawah naungan keredhaan Mu ya Allah.

Esok insyaAllah, dengan izinNya, aku akan berangkat balik ke kampung halaman. Yah...mengubat kerinduaan ku kepada kedua orang tua. Rindu yang teramat sangat. Tidak sabar rasanya. selamatkan lah perjalanku ya ALLAH...

~KONSIS 2010~

KONSIS datang lagi!!!!...kami nantikan kemunculan generasi dakwah baru!! utk pendaftaran kontek K.Rosinah :: timb Pengarah KONSIS :: ( 019-5372085 ) n bagi pengangkutan Norziela ( 013-8635302 )..dibuka sehingga tarikh KONSIS.. :)

~Ahlan ya Ramadhan~

Mabruk...('',)

Hati ini jauh ka?

Ya Allah, sungguh hati ini seakan kontang. Berilah aku kekuatan untuk mengisi hati yang kian surut ini dengan inayah Mu ya Allah. Sungguh, hati ini terkadang rasa lemah...lemah kerana kurang mengingatim Mu disaat langit cerah menghampar. Dikala mendung, barulah hati ini menyapa Mu. Betapa hati ini berada dalam kehinaan, kelalaian, kealpaan....

Ya Allah, aku memohon dan merayu pada Mu. Janganlah Engkau biarkan hati ini terus hanyut mengejar fatamorgana yang entah dimana kesudahannya. HambaMu merayu ya Allah, berilah hati ini kesedaran yang berpanjangan...hati yang sentiasa mengadu pada Mu disaat cerah dan mendung. Pimpinlah hati hamba ini menjadi hati yang lembut pada kebenaran, hati yang lembut pada surat cinta Mu ya Allah...

Ya Allah, Engkau bersihkanlah hati hambaMu yang busuk lagi hina ini...hidupkanlah hati hambaMu yang kotor lagi hitam ini dengan rahmat dan kasih sayang Mu ya Allah...

HambaMu yang dhaif...

Hari Sambutan Freshie Borneo 2010 (Hati '10)


Salam Mahabbah kepada semua ahli Family Marsis. Khas untuk kampus sekitar Lembah Klang, pada 18 Julai 2010 (AHAD) ini akan di adakan HATI '10 bertempat di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Semua mahasiswa baru di jemput hadir. Mahasiswa 'lama' Sabah Sarawak pun di alu-alukan hadir sekali.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan khusus untuk adik-adik freshie sabah sarawak yang baru menjejaki alam kampus.
* Sukaneka
* LDK Bersama Senior
* Taaruf Mesra
* BBQ dan Makan-makan

Anda berpeluang mengenali rakan-rakan kampus lain dari sekitar lembah klang di samping mengenali senior-senior Sabah & Sarawak. Jom beramai-ramai memeriahkan HATI '10. Yuran penyertaan hanya RM5 sahaja. Untuk pendaftaran, bolehlah menghubungi Sist Fatmawati (UKM) : 0198319107. Tarikh tutup pendaftaran : 16 Julai 2010 (Jumaat).
Jumpa anda di sana nanti !

OKTI 2010 @}~



OKTI 2010 :)

Selamat Menempuh Alam Kampus Istimewa khas buat Mahasiswa/wi Sabah dan Sarawak
Operasi sudah...
Kenal sikit-sikit jak, kena dalam lagi...
Tambat xlama lagi...
Ikat akan datang...

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan Nya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/ keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini...Amin Ya Rabbal 'Aa-lamain"




Jom...jalan-jalan Sandakan (Part 2)

2nd tempat yang sempat pegi ialah di taman apa ya...hehe lupa lak namanya, not bad la..kata mck tempt ni dulu popular...skrg mcm xsuda. mungkin jgk, sebab tengok taman ni xberapa d jaga sgt..hihi habisla aku klu pemiliknya tau aku komen mcm ni.


si rusa2 @ payau2 yang macam kelaparan, nampak kami jak semua meluru datang




hai wani...say ''hello''...burung ni pandai ckp hello jak







Dan ini yang last tempat aku p....


ndak masuk dalam hutan..hehe ada rezeki nnt datang blk la ya orang utan...ambil gambar dengan signboard ni cukup la kan :)



agak-agak apa jawapan kepada soalan ni?







Puding Caramel tanpa Telur


Bahan A:
2 sudu besar gula (hanguskan)/ madu

Bahan B:
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 sudu besar gula

Bahan C:
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh vanilla
(campur sebati semua bahan C)

Cara-cara:
1. Didihkan bahan B ke dalam periuk, kecilkan api kemudian masukkan bahan C, kemudian kacau rata selama tiga minit atau sehingga adunan sedikit pekat
2. Matikan api kemudian tuang dalam adunan yang berisi gula hangus atau madu
3. Bekukan sentar dan hidang ( lebih sedap dihidang sejuk-sejuk)

Sedap :) pasti mo buat lagi

Jom…Jalan-jalan ke Sandakan (part 1)

Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke Sandakan. Kali pertama sampai di airpot Sandakan jak, pastu terus ke terminal bas balik ke Lahad Datu. Kali kedua ni barulah berpeluang round2 Sandakan walaupun ndak banyak tempat. Adalah dalam tiga tempat sempat p…apapun terima kasih buat mck Aznah dan suami J sudi bawa jalan2.
Pada hari aku round2 sandakan ni la Ija (Farizah) duk atas pelamin, kempunan aku ndak dapat pegi mjlis Ija…tengok2 gambarnya jak la. Buat Ija,mabruk alaik…semoga Allahberi kekuatan utkmu meneruskan kehidupan yang lebih mencabar dgn penuh keberkatan. Chewah, cam aku pernah rasa lak alam rumahtangga ni.hehe



Kita balik crt pasal Sandakan lak. 1st tempat yang mck dan pckku bawa ialah di Rumah Agnes Keith, kategori muzium la. Muzium rumah Agnes Keith ni terletak di Jalan Istana Sandakan. Menurut sejarah yang aku baca, artikel2 yang ada di rumah ni…rumah ni telah dihuni oleh curator perhutanan iaitu Harry Keith bersama isterinya Agnes Newton Keith berbangsa Amerika pada tahun 1930an sehinggalah zaman penjajahan Jepun pada tahun 1942. Rumah banglo papan dua tingkat ini dibina di atas bukit mengadap laut dan Bandar Sandakan. Tapi rumah ini sedikit musnah punah-ranah dek kerana perang dunia kedua dan telah dibaiki semula apabila keluarga Keith kembali pada tahun 1946

Sapa Agnes Newton Keith ni sebenarnya ya?

Beliau merupakan seorang penulis buku yang telah memperkenalkan Sabah sebagai Negeri di Bawah Bayu melalui bukunya bertajuk “Land Below The Wind” dan buku ini telah di tulis oleh beliau semasa beliau tinggal di rumah ni.


Tengok design rumah ni...Nampak macam besa jak, tapi bila masuk…waahhhhhh, hehe suka design rumahnya ni. Menepati citarasa ku. Klasik jugakla..peti ais dulu2 ada lagi. Masuk bilik utama di tingkat atas, so sweet! katil di buat sendiri, biasa design bilik letak kepala katil dekat dinding. Tapi di bilik ni lain, katil d letak tengah2…dan dikatakan juga rumah ni berhantu.walluha’lam…menurut yang akubaca dalam bilik ni, Agnes pernah melihat beberapa kali…dan bayaklah lagi cerita pasal hantu yang pernah dilihat dan dialami oleh orang yang pernah menghuni rumaah ni J






Puding Caramel Lapis Coklat


Bahan A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur A
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur A
4 sudu besar serbuk koko atau 1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 s/k coklat pes

Bahan C
2 s/b gula (hanguskan) atau 2 s/b madu

Cara-cara:
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yang berasingan. Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3. Masukkan gula hangus atau madu ke dalam loyang 8x8 inci
4. masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak
5. selepas masak,masukkan pula 1/2 cawan adunan B di atas lapisan adunan A
6. ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis
7. sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
8. Potong dan hidangkan.

p/s: boleh kurangkan sukatan gula pada bahan A dan B, klu xkurangkan...manis bnykla
SELAMAT MENCUBA :) IT'S SIMPLE

Kembara diri...

Aku berjalan dan terus berjalan...langkah ku semakin hari semakin longlai, semakin tidak bermaya untuk meneruskan perjalanan ini. Adakah aku semakin kurang untuk memberi masa bersama KEKASIH ku? ya...adakah aku layak untuk memanggilNYA sebagai KEKASIH ku, sedangkan masa ku untuk Nya terlalu kurang...jawapanya, memang tidak layak wahai diri. Cuba lihat dirimu, akhlakmu, hatta ibadahmu sendiri tidak mampu untuk melayakkakn dirimu menggelar DIA sebagai KEKASIH mu. Terlalu jauh...jauh...dan sangat jauh...

Lihatlah perjalananmu selama ini, betapa kau sering melupakanNya. Ahh! kau berjalan dengan seangkuhnya...pergantunganmu pada Nya semakin hari semakin kurang. Kenapa wahai diri? Bila kau jatuh, jatuhmu itu sangatlah sakit. Kerana apa? kerana lukamu terlalu dalam, luka atas kecuaianmu sendiri. DIA beri amanah padamu selaku pengembara di alam fana ini, namun kau terlalu cuai untuk menjaganya. Kini, kau jatuh, kau luka, kau berdarah...kau meraba-raba untuk bangkit semula, kau berpaut pada tiang yang ampuh, dengan harapan ada penawar untuk mengubati lukamu itu. Ahhhhhhh, sekali lagi kau jatuh. Jatuh yang entah kali keberapa lagi. Kau terlalu cuai wahai diri. Memang benar kau cari penawar, namun tiada kesungguhan dalam dirimu. Aku tahu dan DIA lebih Mengetahui. Lihat lukamu itu, semakin dalam, semakin banyak darah mengalir, kau menangis..menangis dan terus menangis menahan kesakitan yang teramat sangat.
Ingatlah wahai diri, luka di jasad mampu untuk dirawat walaupun kadangkala luka itu meninggalkan kesan parut. Namun, luka pada rohmu...luka atas kecuaianmu itu akan ditanya di alam baqa'...carilah penawar luka mu itu...penawar yang sememangnya Dia sediakan untuk pejalan-pejalan lain sepertimu. Carilah pautan yang tidak ampuh untuk kau bertaut padanya. Yaa...memang kena mujahadah...muajahadah dan terus mujahadah.
Kau hanyalah pejalan biasa...namun DIA kurniakan kau sesuatu yang pelbagai, yang luar biasa. Kua hanya merasainya bila kau berjalan diiringi dengan pandangan mata hati. Pandangan mata hati yang bagaimana? yah, yang hatinya bertaut padaNya, tidak melaupakanNya walau dalam keadaan bagaimana sekalipun...Ayuhlah wahai diri, jangan biarkan dirimu dalam luka yang berpanjangan. Berusahalah...

"YA ALLAH, ampunkanlah segala dosa-dosaku, dan kedua ibu bapaku. Berikanlah aku petunjukMu, kekuatan dan inayahMU YA ALLAH, untuk aku meneruskan perjalanan hidup ini."

1 page, 1page lagi...........rindunya balik



Emm...3 hari dah aku belek-belek jurnal Ustaz Wan Zailan, selaku lecture pengantar Usuluddin. masih lagi page yang sama aku baca. Subjek yang lain tak sentuh lagi. Jadual revesion yang aku susun pun masih tak terikut. Apalah jadi dengan aku ni, semangat la sikit...sikit pun jadilah.


Tengoklah burung tu (ntah pinguin ka apa tu), study hard dia, dah 5-6 biji buku dia baca. Huhu malulah cikit cik gta oi. Study 100x.........................!!!






Dengan asma AllahYang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
"Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya
Ya Allah, keluarkan aku dari gelapnya kebingungan dan muliakan aku dengan cahaya pemahaman. Ya Allah, bukakan kepada kami pintu-pintu rahmat-Mu, dan curahkan kepada kami khazanah-khazanah ilmu-Mu dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi."


JELAJAH DAKWAH SABAH 2010




BENARKAH KEMISKINAN DI FELDA PUNCA PENDERAAN?


MANGSA.... Fansyarina sebelum didera neneknya (kanan) dan selepas didera (kiri) berlatar belakangkan rumah neneknya. Datuknya, Majusin Lizun kini bekerja dan berhijrah ke Kuala Lumpur meninggalkan Fansyarina dengan neneknya yang tertekan akibat kemiskinan dan kemelaratan di rumah yang belum siap sepenuhnya.


Oleh: INTAN SURIANI ABDUL HALIM


TRAGEDI sedih penderaan seorang kanak-kanak, Fansyarina Abdullah, 7, di Tanah Rancangan Felda Sahabat Lahad Datu telah menyingkap hijab yang menutupi kemegahan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam bidang konglomerat perladangan.


Ketua Cawangan UMNO Tanjung Labian, Bahagian Silam, Kunsul Nahul, 53, berpendapat Felda kini gagal mengeluarkan para peneroka di Tanah Rancangan Felda daripada kepompong kemiskinan, sebaliknya memenjara mereka di ‘Sangkar Emas’ ciptaan Felda yang tidak kelihatan di mata kasar.

“Walaupun di atas kertas, para peneroka Felda menerima lebih RM1,500 sebulan daripada hasil 5.66 hektar kebun kelapa sawit mereka, namun hakikatnya mereka hanya membawa pulang RM50 sebulan; yang memenjarakan mereka terus di kancah kemiskinan tegar,” ujar Kunsul yang agak kesal dengan sikap pengurusan Felda di Sabah yang cuba menyembunyikan kebenaran daripada pengetahuan umum.


Oleh kerana para peneroka yang ramai anak tidak lagi dapat bergantung harap kepada tanah rancangan mereka, maka bagaikan burung, ramai di antara mereka terpaksa meninggalkan anak isteri untuk bekerja di luar dan ada di antaranya terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari nafkah.

“Akibatnya, ramai isteri peneroka yang stress dan mengalami kemurungan apabila suami mereka mempunyai isteri lain di tempat kerja baru dan mengabaikan mereka. Kemiskinan menyebabkan mereka hilang kawalan diri dan bertindak ganas melepaskan geram kepada keluarga tersayang. Maka terjadilah penderaan dan keruntuhan rumah tangga,” ujar Kunsul yang menyifatkan kes penderaan di Felda Sahabat Anjung Teduh merupakan kes terpencil, namun ianya menjadi barah dalam daging masyarakat Felda yang dihimpit hutang yang bertimbun dan dinafikan hak mereka untuk bersuara.


Dalam kes penderaan yang kini masih dalam siasatan polis, kata Kunsul, seorang nenek kandung telah mendera cucunya sehingga mengalami trauma kerana tidak mempunyai pendapatan untuk menyara persekolahan anak dan cucunya; apatah lagi suaminya bernikah lain dan mengabaikannya sejak lima tahun lalu.

“Akibatnya, cucu kesayangan yang menjadi mangsa untuk melepaskan kemarahan sehingga tergamak menyiksa cucu sendiri tanpa perikemanusiaan,” kata Kunsul yang mendesak Felda menjurutera semula Skim Felda agar para peneroka diberi kelonggaran untuk mengusahakan sendiri kebun mereka bagi menghapus kemiskinan tegar yang merantai mereka selama ini.


Tanpa hutang, kata Kunsul, para peneroka mampu berdikari dan meneruskan generasi kendiri tanpa mengharapkan subsidi; sebaliknya bebanan hutang menyebabkan mereka ‘mati jiwa’ sebelum kematian sebenar menjemput mereka. Adalah keterlaluan kata Kunsul, Pengurus Wilayah Felda Sahabat dengan angkuh menolak khidmat 15 Professor daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi yang ingin menjalankan ‘Projek Prosper’ di Gugusan Sahabat dengan alasan bongkak ‘tiada kemiskinan di Tanah Rancangan Felda dan anda mendapat maklumat yang salah.’

“Ketika itu saya berkhidmat dengan pejabat Parlimen Silam dan kesal kerana Pengurus berkenaan tidak memberi ruang kepada kami untuk menjalankan kajian dengan kerjasama UKM,” kata Kunsul yang kini lega kerana berjaya membongkar telur tembelang yang disorok Felda selama ini.


Walaupun buku yang dihasilkan anak peneroka Felda di Semenanjung yang bertajuk ‘Felda: Dulu Tolong, Sekarang Along’ disifatkan sebagai keterlaluan dan tidak benar; namun apa yang terjadi di lima tanah rancangan Felda Sahabat lebih mengerikan.

“Felda bukan sahaja gagal menangani masalah kegelinciran moral dan membebaskan peneroka daripada hutang yang semakin bertimbun, terutama memaksa peneroka mengambil pinjaman membesarkan rumah; malah cuba menjadikan Felda sebagai Wilayah Persekutuan yang baru dengan menggali parit di sekeliling ladang yang bersempadan dengan tanah adat dan mengimport ramai pekerja daripada Semenanjung,” ujar Kunsul yang meminta pihak pengurusan Felda lebih prihatin terhadap para peneroka yang selama ini mengalirkan keringat, darah dan airmata untuk membayar gaji pegawai yang sering lupa daratan.


Menurut Kunsul, Kerajaan ‘Berjaya’ telah memberikan kawasan seluas 101,171 hektar secara ‘Percuma’ kepada Felda pada 1979 untuk membangunkan kawasan hutan termasuk ‘tanah adat yang kehilangan jejak’ sebagai ladang pertanian bagi menjana ekonomi daerah Lahad Datu dan membasmi kemiskinan di Sabah.

“Namun sehingga kini hanya seramai 872 peneroka sahaja telah diambil untuk ditempatkan di lima tanah rancangan Felda daripada 57 Gugusan Felda Sahabat; setelah Felda mengubah dasar ke arah komersil dan mengabaikan terus tanggung jawabnya, untuk menempatkan semula masyarakat dan membasmi kemiskinan dengan mengamalkan konsep perladangan,” ujar Kunsul yang kesal kerana Felda gagal mengotakan janjinya membasmi kemiskinan di Sabah.


Kata Kunsul, daripada jumlah itu, 5,610 hektar adalah kawasan peneroka, 100,174 hektar kawasan komersil dan 1,707 hektar lagi merupakan kawasan bandar dan kampung.

“Secara luaran kita lihat para peneroka kaya kerana rumah mereka cantik dan berkereta besar. Ada yang macam istana, tetapi sebenarnya mereka berusaha mencari pendapatan di luar dan bukan daripada hasil kebun mereka. Ramai dibelit hutang antara RM20,000 hingga RM40,000 untuk membaikpulih atau membina rumah mereka,” ujar Kunsul yang menggesa agar Ahli Lembaga Felda, Datuk Suhaili Said bangun daripada tidur untuk berpijak di bumi nyata.


Tegas Kunsul, sebagai Adun Tungku, Suhaili tidak mempunyai keberanian untuk berkata benar di Dewan Undangan Negeri Sabah dan gagal menasihati Felda untuk membela 872 peneroka yang dibebani dengan hutang dan berada di lingkungan putaran ganas kemiskinan. Sehubungan itu, kata Kunsul, atas desakan dan rayuan para peneroka, beliau terpaksa mengetengahkan isu ini agar Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dapat melakukan sesuatu bagi mencipta penanda aras baru terhadap Legasi Tun Razak di Tanah Rancangan Felda yang diasaskan bapanya.


“Saya percaya, jika para pegawai Felda memahami inspirasi dan konsep 1Malaysia YAB Perdana Menteri, isu penderaan, kemiskinan dan kemelaratan tidak timbul lagi di Felda,” ujar Kunsul yang mendesak agar Felda tidak terlalu mengongkong kebebasan bersuara para peneroka sebagaimana dijamin Perlembagaan Persekutuan.


Dalam pada itu, Sabahkini.net telah menjalankan kajian rambang dan mendapati dakwaan Kunsul adalah 100 peratus benar dan berdasarkan ‘slip gaji’ atau penyata pendapatan peneroka; memang benar kesemua 872 peneroka Felda di Lahad Datu adalah miskin tegar.

Hanya mereka yang tidak mengambil belanja di kedai Felda ‘DMart’ berjaya memperolehi pendapatan tunai lebih RM50; apatah lagi harga barangan yang dijual di DMart, 40 peratus lebih mahal daripada harga pasaran termasuk barang terkawal!



Berikut adalah contoh ringkasan akaun pendapatan Peneroka Sahabat 1, Anjung Teduh yang berjaya diselidik krew Sabahkini.net;



Nama Peneroka: AWANG OMAR BIN JAWATAN

No. Kad Pengenalan:621006-12-5333

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.84

Baki Tunai: RM50.00



Nama Peneroka: ABDUL SALAM BIN AMBO RAPPE

No. Kad Pengenalan:530719-12-5313

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,329.18

Baki Tunai: RM250.66



Nama Peneroka: MOHD ALI @ JAPAR BIN MIRAL

No. Kad Pengenalan:540302-12-5755

Jumlah Pendapatan: RM 1,579.84

Jumlah Potongan: RM1,529.18

Baki Tunai: RM50.66


(Nota: Potongan termasuk CBC, Bayaran Kembali, Caruman Hari Raya, Potongan JKKR, Kedai, Pinjaman Besar Rumah, Pendahuluan Tunai, Tanam Semula dan sebagainya.)

~Salam Imtihan~


Selamat lah...adik ku


tarian igal-igal, tarian tradisi org bajau (hihi senaman tangan bah)




Ni majlis sebelah perempuan...

hehe ada jgk igal2 ('',)

chaak! ni yati, anak buah yg bongsu...nnt besar yati jangan mengalai tau. takut nnt tangan tak boleh turun.hihi

Jangan Buat Sawang....WAHAI PEMILIK BLOG




Huhu...maafla Laman Ruzitah, lama dah tak post entry dalam bolg ni. Busy la kono' :P. tak busy sangat pun...ntah apa jak yang tak sempatnya. Nak buat sawang pun, buat la bagus-bagus.

Ok lah Laman Ruzitah...insyaallah lepas ni aku tak kan biarkan laman ni berhabuk tak kemas-kemas. Masih belum terlambat untuk mengucapkan hepi besday wat pemilik blog ni...dah 6 hari berlalu, 24 tahun dah rupanya ya. Emmm...SEMOGA ALLAH BERI KEKUATAN BUATMU WAHAI DIRI, BERIBADAH KEPADANYA, KUAT MENGHADAPI UJIANNYA, BANGUN DARI LENAMU YANG MENGASYIKKAN, HIDUP MU MAKIN JAUH, MATI MU SEMAKIN DEKAT. HADIAH APA YANG AKAN KAU PERSEMBAHKAN PADA PEMILIK HATI MU WAHAI DIRI...BANGUNLAH!!!

Jangan engkau biarkan sawang dalam diri mu itu semakin menghiasi hatimu...bersihkanlah hati mu...jagala hatimu supaya sentiasa mengingatiNYA. Sawang-sawang itu hanya hidup pada rumah-rumah yang tak berpenghuni...mati. Eh, rumah mati ka? memang pun mati...benda mati.
Kalau rumah yang ada orang tapi ada sawang gak cam mana plak???

Fikirlah sendiri wahai pemilik hati...:)

Adik ku sudah nikah...!


Alhamdulillah, 1 Mac 2010 merupakan tarikh yang bersejarah bagi adik ku Mohd. Azrul bin Hj. Sammah kerana telah menamatkan zaman bujangnya ('',)...ndak boleh jadi ni, langkah bendul sudah. Apapun, tahniah ya. Semoga Allah bagi kekuatan untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

Minta maaf sebab ndak dapat datang majlis walimah 13 Mac ni. Emm, ni nasib badanla, hari tu pun walimah abang tak dapat datang gak. Tapi tak palah, yang penting time walimah ku, aku datang. Hihi...
Azrul-baju biru with my parents

Mohd. Azrul...anak yang ke-4 dalam family, kira adik ku yang pertama la. Seorang yang cukup rajin, penyayang dan seorang budak yang degil ke sekolah time dulu-dululah. Dalam diam-diam, orang lain p sekolah dia betapuk plak di tandas belakang rumah. Tau-taulah rumah felda ni dulu, tandasnya di kebun...jauh sikit dari rumah. Sebulan kegiatannya ni baru kedapatan...mak ku bagitau dia ni takut kena buli, tu yang ponteng sekolah. Kalau aku tau siapa yang buli adik ku ni, siap dia. Cerita lain plak, satu hari aku ke sekolah berjalan kaki bersama-sama dengan adikku nilah, dan beberpa orang kawanku. Time tu sekolah rendah lagi. Sampai di tangga sekolah jak, dia pun cakaplah:

"kak, aku mo pulang ba..."

Time tu rasanya aku terkelu, tak tahu mau cakap apa dan tak ingat sama ada aku pujuk dia ataupun tidak. Tapi yang paling aku ingat, bila dia jalan menuju ke rumah yang jaraknya lebih kurang 1km tu, air mata ku jatuh entah ke mana...rasanya tak sempat jatuh kemana-mana kali, aku lap guna tudung ataupun hujung lengan baju sekolah ku.
"Adikmu pi mana?" salah seorang kawanku bertanya.

"Dia mo pulang" jawabku pendek.

Melihat aku mengesat air mata, kawan-kawanku tak berani tanya lagi...ini ingatan jangka panjangku, yang masih ada dalam ingatanku...adikku ponteng sekolah, cukup merisaukan aku. aku berfikir, macam mana la masa depannya kalau tak pi sekolah ni. Aku risau, mak bapa lagilah risau yang teramat sangat memikirkan anak-anak yang mengahadapi masalah sebegini.

Ini kisah dulu-dulu, kisah adikku yang ponteng sekolah. Hehe.

Alhamdulillah, walaupun dia pernah digantung sekolah dan diterima kembali ke sekolah...sekarang ni dia berjaya memiliki pekerjaan yang ku kira ok sesuai dengan kelulusannya ('',)
Selamat Pengantin baru istimewa buat adik ku Mohd. Azrul dan pasangannya Ziela. Semoga Allah melindungi kalian...salam manis penuh kasih sayang.

Salam Maulidur Rasul



BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).



MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).



BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).



MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).



MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

www.iluvislam.com

Pengalaman sulung sebagai juri


Pada 23 Februari 2010, pukul 9.30 pm bertempat di kolej kediaman ke-3...buat pertama kalinya aku menjadi juri yang tidak bertauliah d amanhkan sebagai juri pertandingan tilawah sempena minggu kebudayaan kolej tersebut ('',)

berbekalkan pengalaman yang kosong sebagai juri dalam bidang tarannum...

Felda Sahabat 16 --> Desa Kencana

Entah kenapa hati ni terdetik untuk bercerita tentang Felda Sahabat 16 ('',) tempat ku membesar dari tahun 1992 hinggalah sekarang. Sebuah tempat yang dikira jauh dari bandar Lahad Datu, lebih kurang 120km, dalam 1jam 45 minit. Sepanjang perjalanan dari bandar LD ke Felda Sahabat 16 ni, nampak banyak kelapa sawit jaklah...dikira pedalaman kan. Jom kita jalan-jalan menjelajah kampung lamanruzitah...................................................

Perjalanan dari bandar LD ke felda Sahabat 16 ni akan melalui daerah Tungku terlebih dahulu. Boleh jak kalau ndak mo lalu Tungku, naik helikopter, aeroplane, belon, layang-layang pun boleh ('',) hehe (klu sampaila). Lebih kurang sejam baru masuk kawasan Felda Sahabat. Naa...disinila aku mau cerita keadaan di tempatku yang cukup unik. Bermula dari nama-nama kampung yang ada di felda ni sampaila orang kampungnya, bermula dari huruf A-Z. hehe

Kg. A = Anjung Teduh ( Sahabat 1-2)
Kg. B = Baiduri Ayu
Kg. C = Cenderawasih
Kg. D = Desa Kencana (Sahabat 3-5)
Kg. E = Embara Budi
Kg. F = Fajar Harapan
Kg. G = Gemala Puri
Kg. H = Hamparan Badai
Kg. I = Indera Sakti

Rasanya ada lagi, tapi ndak ingatlah. Nanti ditambah lagi.

Kalau mau cerita semua kampung-kampung ni rasanya ndak cukup ruang di lamanruzitah ni. Jadi mau cerita di kampung ku jak lah ya...kampung Desa Kencana atau dulunya dikenali sebagai Felda Sahabat 16 ('',).

Tadaaaaaa.....SelamaT Datang ke Desa Kencana

Islamic Borneo Jamboree (IBJ '10)


Alhamdulillah…dengan berkat inayah (pertolongan) Allah s.w.t. terlaksanalah sudah program IBJ ’10 ni. Kepada yang terlibat secara lansung ataupun tidak, jazakallahu khairan jaza’. Di bawah ni, sedikit ole-ole dari IBJ yang boleh dikongsi, untuk ketahui lebih lanjut cerita IBJ’10 : http://family-marsis.blogspot.com/

TERASA MACAM DI BUMI SABAH

Islamic Borneo Jambori (IBJ) = Sabah + Sarawak (‘’,) tapi ada jugak budak semenanjung join program ni…alhamdulillah. Bila berada dalam program yang sekampung dengan kita, terasa macam berada di kampung sendiri. Terubat jugaklah rindu di sana. Yang ni dengan sleng bugisnya, yang tu dengan bajaunya, yang nu dengan sarawakiannya. Satu kombinasi dan pertemuan yang memang cukup bernilai dari Sang Pencipta.

APA YANG MENARIK?

Betul ka program ni biasa-biasa jak? Apa yang menariknya? Nampak macam sama jak dengan program lain…emmm betulkah??? Rasanya tidak, join sendiri program ni baru tau apa yang menariknya. Hehehe, Insyaallah bermanfaat. Bagiku, memanglah setiap program tidak fully memenuhi citarasa apa yang kita mahukan. Memanglah akan ada cacat celanya, memboringkan, dan macam-macam lagilah. Tapi itu adalah satu yang normal dan menjadi adat dalam setiap program. Program yang dirancang dan dilaksanakan oleh manusia, sememangnya tidak akan dapat memenuhi keperluan dan citarasa manusia yang pelbagai fe’el ni. Itulah manusia…kalau mahukan program yang betul-betul cukup sempurna, pandanglah kehidupan yang kita lalui sekarang ini. Program yang Allah telah aturkan sejak azali lagi. Memang cukup sempurna dan menarik, dari segi cabaran hidup, nikmat hidup, dan banyak lagilah hal-hal yang berkaitan dengan hidup. Inilah program yang paling power (‘’,)…fikir-fikirkan.