Products Promotion

Baca Quran 2u

product

Price: RM130

Detail

Maskahwin

product

Price: RM20

Detail

Kedai-Buku.com

product

Price: Assorted

Detail

Jom...jalan-jalan Sandakan (Part 2)

2nd tempat yang sempat pegi ialah di taman apa ya...hehe lupa lak namanya, not bad la..kata mck tempt ni dulu popular...skrg mcm xsuda. mungkin jgk, sebab tengok taman ni xberapa d jaga sgt..hihi habisla aku klu pemiliknya tau aku komen mcm ni.


si rusa2 @ payau2 yang macam kelaparan, nampak kami jak semua meluru datang




hai wani...say ''hello''...burung ni pandai ckp hello jak







Dan ini yang last tempat aku p....


ndak masuk dalam hutan..hehe ada rezeki nnt datang blk la ya orang utan...ambil gambar dengan signboard ni cukup la kan :)



agak-agak apa jawapan kepada soalan ni?







Puding Caramel tanpa Telur


Bahan A:
2 sudu besar gula (hanguskan)/ madu

Bahan B:
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 sudu besar gula

Bahan C:
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh vanilla
(campur sebati semua bahan C)

Cara-cara:
1. Didihkan bahan B ke dalam periuk, kecilkan api kemudian masukkan bahan C, kemudian kacau rata selama tiga minit atau sehingga adunan sedikit pekat
2. Matikan api kemudian tuang dalam adunan yang berisi gula hangus atau madu
3. Bekukan sentar dan hidang ( lebih sedap dihidang sejuk-sejuk)

Sedap :) pasti mo buat lagi

Jom…Jalan-jalan ke Sandakan (part 1)

Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke Sandakan. Kali pertama sampai di airpot Sandakan jak, pastu terus ke terminal bas balik ke Lahad Datu. Kali kedua ni barulah berpeluang round2 Sandakan walaupun ndak banyak tempat. Adalah dalam tiga tempat sempat p…apapun terima kasih buat mck Aznah dan suami J sudi bawa jalan2.
Pada hari aku round2 sandakan ni la Ija (Farizah) duk atas pelamin, kempunan aku ndak dapat pegi mjlis Ija…tengok2 gambarnya jak la. Buat Ija,mabruk alaik…semoga Allahberi kekuatan utkmu meneruskan kehidupan yang lebih mencabar dgn penuh keberkatan. Chewah, cam aku pernah rasa lak alam rumahtangga ni.hehe



Kita balik crt pasal Sandakan lak. 1st tempat yang mck dan pckku bawa ialah di Rumah Agnes Keith, kategori muzium la. Muzium rumah Agnes Keith ni terletak di Jalan Istana Sandakan. Menurut sejarah yang aku baca, artikel2 yang ada di rumah ni…rumah ni telah dihuni oleh curator perhutanan iaitu Harry Keith bersama isterinya Agnes Newton Keith berbangsa Amerika pada tahun 1930an sehinggalah zaman penjajahan Jepun pada tahun 1942. Rumah banglo papan dua tingkat ini dibina di atas bukit mengadap laut dan Bandar Sandakan. Tapi rumah ini sedikit musnah punah-ranah dek kerana perang dunia kedua dan telah dibaiki semula apabila keluarga Keith kembali pada tahun 1946

Sapa Agnes Newton Keith ni sebenarnya ya?

Beliau merupakan seorang penulis buku yang telah memperkenalkan Sabah sebagai Negeri di Bawah Bayu melalui bukunya bertajuk “Land Below The Wind” dan buku ini telah di tulis oleh beliau semasa beliau tinggal di rumah ni.


Tengok design rumah ni...Nampak macam besa jak, tapi bila masuk…waahhhhhh, hehe suka design rumahnya ni. Menepati citarasa ku. Klasik jugakla..peti ais dulu2 ada lagi. Masuk bilik utama di tingkat atas, so sweet! katil di buat sendiri, biasa design bilik letak kepala katil dekat dinding. Tapi di bilik ni lain, katil d letak tengah2…dan dikatakan juga rumah ni berhantu.walluha’lam…menurut yang akubaca dalam bilik ni, Agnes pernah melihat beberapa kali…dan bayaklah lagi cerita pasal hantu yang pernah dilihat dan dialami oleh orang yang pernah menghuni rumaah ni J






Puding Caramel Lapis Coklat


Bahan A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur A
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur A
4 sudu besar serbuk koko atau 1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 s/k coklat pes

Bahan C
2 s/b gula (hanguskan) atau 2 s/b madu

Cara-cara:
1. Kacau bahan A dan bahan B dalam 2 bekas yang berasingan. Tapiskan.
2. Panaskan periuk kukusan
3. Masukkan gula hangus atau madu ke dalam loyang 8x8 inci
4. masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak
5. selepas masak,masukkan pula 1/2 cawan adunan B di atas lapisan adunan A
6. ulang bahan A dan B berselang seli sehingga habis
7. sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan hidangan
8. Potong dan hidangkan.

p/s: boleh kurangkan sukatan gula pada bahan A dan B, klu xkurangkan...manis bnykla
SELAMAT MENCUBA :) IT'S SIMPLE