Aku berjalan dan terus berjalan...langkah ku semakin hari semakin longlai, semakin tidak bermaya untuk meneruskan perjalanan ini. Adakah aku semakin kurang untuk memberi masa bersama KEKASIH ku? ya...adakah aku layak untuk memanggilNYA sebagai KEKASIH ku, sedangkan masa ku untuk Nya terlalu kurang...jawapanya, memang tidak layak wahai diri. Cuba lihat dirimu, akhlakmu, hatta ibadahmu sendiri tidak mampu untuk melayakkakn dirimu menggelar DIA sebagai KEKASIH mu. Terlalu jauh...jauh...dan sangat jauh...
Lihatlah perjalananmu selama ini, betapa kau sering melupakanNya. Ahh! kau berjalan dengan seangkuhnya...pergantunganmu pada Nya semakin hari semakin kurang. Kenapa wahai diri? Bila kau jatuh, jatuhmu itu sangatlah sakit. Kerana apa? kerana lukamu terlalu dalam, luka atas kecuaianmu sendiri. DIA beri amanah padamu selaku pengembara di alam fana ini, namun kau terlalu cuai untuk menjaganya. Kini, kau jatuh, kau luka, kau berdarah...kau meraba-raba untuk bangkit semula, kau berpaut pada tiang yang ampuh, dengan harapan ada penawar untuk mengubati lukamu itu. Ahhhhhhh, sekali lagi kau jatuh. Jatuh yang entah kali keberapa lagi. Kau terlalu cuai wahai diri. Memang benar kau cari penawar, namun tiada kesungguhan dalam dirimu. Aku tahu dan DIA lebih Mengetahui. Lihat lukamu itu, semakin dalam, semakin banyak darah mengalir, kau menangis..menangis dan terus menangis menahan kesakitan yang teramat sangat.
Ingatlah wahai diri, luka di jasad mampu untuk dirawat walaupun kadangkala luka itu meninggalkan kesan parut. Namun, luka pada rohmu...luka atas kecuaianmu itu akan ditanya di alam baqa'...carilah penawar luka mu itu...penawar yang sememangnya Dia sediakan untuk pejalan-pejalan lain sepertimu. Carilah pautan yang tidak ampuh untuk kau bertaut padanya. Yaa...memang kena mujahadah...muajahadah dan terus mujahadah.
Kau hanyalah pejalan biasa...namun DIA kurniakan kau sesuatu yang pelbagai, yang luar biasa. Kua hanya merasainya bila kau berjalan diiringi dengan pandangan mata hati. Pandangan mata hati yang bagaimana? yah, yang hatinya bertaut padaNya, tidak melaupakanNya walau dalam keadaan bagaimana sekalipun...Ayuhlah wahai diri, jangan biarkan dirimu dalam luka yang berpanjangan. Berusahalah...
"YA ALLAH, ampunkanlah segala dosa-dosaku, dan kedua ibu bapaku. Berikanlah aku petunjukMu, kekuatan dan inayahMU YA ALLAH, untuk aku meneruskan perjalanan hidup ini."
6:01 AM
Ruzitah Bt Hj. Sammah
Posted in 


