Alhamdulillah…dengan berkat inayah (pertolongan) Allah s.w.t. terlaksanalah sudah program IBJ ’10 ni. Kepada yang terlibat secara lansung ataupun tidak, jazakallahu khairan jaza’. Di bawah ni, sedikit ole-ole dari IBJ yang boleh dikongsi, untuk ketahui lebih lanjut cerita IBJ’10 : http://family-marsis.blogspot.com/
TERASA MACAM DI BUMI SABAH
Islamic Borneo Jambori (IBJ) = Sabah + Sarawak (‘’,) tapi ada jugak budak semenanjung join program ni…alhamdulillah. Bila berada dalam program yang sekampung dengan kita, terasa macam berada di kampung sendiri. Terubat jugaklah rindu di sana. Yang ni dengan sleng bugisnya, yang tu dengan bajaunya, yang nu dengan sarawakiannya. Satu kombinasi dan pertemuan yang memang cukup bernilai dari Sang Pencipta.
APA YANG MENARIK?
Betul ka program ni biasa-biasa jak? Apa yang menariknya? Nampak macam sama jak dengan program lain…emmm betulkah??? Rasanya tidak, join sendiri program ni baru tau apa yang menariknya. Hehehe, Insyaallah bermanfaat. Bagiku, memanglah setiap program tidak fully memenuhi citarasa apa yang kita mahukan. Memanglah akan ada cacat celanya, memboringkan, dan macam-macam lagilah. Tapi itu adalah satu yang normal dan menjadi adat dalam setiap program. Program yang dirancang dan dilaksanakan oleh manusia, sememangnya tidak akan dapat memenuhi keperluan dan citarasa manusia yang pelbagai fe’el ni. Itulah manusia…kalau mahukan program yang betul-betul cukup sempurna, pandanglah kehidupan yang kita lalui sekarang ini. Program yang Allah telah aturkan sejak azali lagi. Memang cukup sempurna dan menarik, dari segi cabaran hidup, nikmat hidup, dan banyak lagilah hal-hal yang berkaitan dengan hidup. Inilah program yang paling power (‘’,)…fikir-fikirkan.
7:54 AM
Ruzitah Bt Hj. Sammah
Posted in 



No Response to "Islamic Borneo Jamboree (IBJ '10)"
Post a Comment