Products Promotion

Baca Quran 2u

product

Price: RM130

Detail

Maskahwin

product

Price: RM20

Detail

Kedai-Buku.com

product

Price: Assorted

Detail

Adik ku sudah nikah...!


Alhamdulillah, 1 Mac 2010 merupakan tarikh yang bersejarah bagi adik ku Mohd. Azrul bin Hj. Sammah kerana telah menamatkan zaman bujangnya ('',)...ndak boleh jadi ni, langkah bendul sudah. Apapun, tahniah ya. Semoga Allah bagi kekuatan untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

Minta maaf sebab ndak dapat datang majlis walimah 13 Mac ni. Emm, ni nasib badanla, hari tu pun walimah abang tak dapat datang gak. Tapi tak palah, yang penting time walimah ku, aku datang. Hihi...
Azrul-baju biru with my parents

Mohd. Azrul...anak yang ke-4 dalam family, kira adik ku yang pertama la. Seorang yang cukup rajin, penyayang dan seorang budak yang degil ke sekolah time dulu-dululah. Dalam diam-diam, orang lain p sekolah dia betapuk plak di tandas belakang rumah. Tau-taulah rumah felda ni dulu, tandasnya di kebun...jauh sikit dari rumah. Sebulan kegiatannya ni baru kedapatan...mak ku bagitau dia ni takut kena buli, tu yang ponteng sekolah. Kalau aku tau siapa yang buli adik ku ni, siap dia. Cerita lain plak, satu hari aku ke sekolah berjalan kaki bersama-sama dengan adikku nilah, dan beberpa orang kawanku. Time tu sekolah rendah lagi. Sampai di tangga sekolah jak, dia pun cakaplah:

"kak, aku mo pulang ba..."

Time tu rasanya aku terkelu, tak tahu mau cakap apa dan tak ingat sama ada aku pujuk dia ataupun tidak. Tapi yang paling aku ingat, bila dia jalan menuju ke rumah yang jaraknya lebih kurang 1km tu, air mata ku jatuh entah ke mana...rasanya tak sempat jatuh kemana-mana kali, aku lap guna tudung ataupun hujung lengan baju sekolah ku.
"Adikmu pi mana?" salah seorang kawanku bertanya.

"Dia mo pulang" jawabku pendek.

Melihat aku mengesat air mata, kawan-kawanku tak berani tanya lagi...ini ingatan jangka panjangku, yang masih ada dalam ingatanku...adikku ponteng sekolah, cukup merisaukan aku. aku berfikir, macam mana la masa depannya kalau tak pi sekolah ni. Aku risau, mak bapa lagilah risau yang teramat sangat memikirkan anak-anak yang mengahadapi masalah sebegini.

Ini kisah dulu-dulu, kisah adikku yang ponteng sekolah. Hehe.

Alhamdulillah, walaupun dia pernah digantung sekolah dan diterima kembali ke sekolah...sekarang ni dia berjaya memiliki pekerjaan yang ku kira ok sesuai dengan kelulusannya ('',)
Selamat Pengantin baru istimewa buat adik ku Mohd. Azrul dan pasangannya Ziela. Semoga Allah melindungi kalian...salam manis penuh kasih sayang.

No Response to "Adik ku sudah nikah...!"