Products Promotion

Baca Quran 2u

product

Price: RM130

Detail

Maskahwin

product

Price: RM20

Detail

Kedai-Buku.com

product

Price: Assorted

Detail

Pengalaman sulung sebagai juri


Pada 23 Februari 2010, pukul 9.30 pm bertempat di kolej kediaman ke-3...buat pertama kalinya aku menjadi juri yang tidak bertauliah d amanhkan sebagai juri pertandingan tilawah sempena minggu kebudayaan kolej tersebut ('',)

berbekalkan pengalaman yang kosong sebagai juri dalam bidang tarannum...

Felda Sahabat 16 --> Desa Kencana

Entah kenapa hati ni terdetik untuk bercerita tentang Felda Sahabat 16 ('',) tempat ku membesar dari tahun 1992 hinggalah sekarang. Sebuah tempat yang dikira jauh dari bandar Lahad Datu, lebih kurang 120km, dalam 1jam 45 minit. Sepanjang perjalanan dari bandar LD ke Felda Sahabat 16 ni, nampak banyak kelapa sawit jaklah...dikira pedalaman kan. Jom kita jalan-jalan menjelajah kampung lamanruzitah...................................................

Perjalanan dari bandar LD ke felda Sahabat 16 ni akan melalui daerah Tungku terlebih dahulu. Boleh jak kalau ndak mo lalu Tungku, naik helikopter, aeroplane, belon, layang-layang pun boleh ('',) hehe (klu sampaila). Lebih kurang sejam baru masuk kawasan Felda Sahabat. Naa...disinila aku mau cerita keadaan di tempatku yang cukup unik. Bermula dari nama-nama kampung yang ada di felda ni sampaila orang kampungnya, bermula dari huruf A-Z. hehe

Kg. A = Anjung Teduh ( Sahabat 1-2)
Kg. B = Baiduri Ayu
Kg. C = Cenderawasih
Kg. D = Desa Kencana (Sahabat 3-5)
Kg. E = Embara Budi
Kg. F = Fajar Harapan
Kg. G = Gemala Puri
Kg. H = Hamparan Badai
Kg. I = Indera Sakti

Rasanya ada lagi, tapi ndak ingatlah. Nanti ditambah lagi.

Kalau mau cerita semua kampung-kampung ni rasanya ndak cukup ruang di lamanruzitah ni. Jadi mau cerita di kampung ku jak lah ya...kampung Desa Kencana atau dulunya dikenali sebagai Felda Sahabat 16 ('',).

Tadaaaaaa.....SelamaT Datang ke Desa Kencana

Islamic Borneo Jamboree (IBJ '10)


Alhamdulillah…dengan berkat inayah (pertolongan) Allah s.w.t. terlaksanalah sudah program IBJ ’10 ni. Kepada yang terlibat secara lansung ataupun tidak, jazakallahu khairan jaza’. Di bawah ni, sedikit ole-ole dari IBJ yang boleh dikongsi, untuk ketahui lebih lanjut cerita IBJ’10 : http://family-marsis.blogspot.com/

TERASA MACAM DI BUMI SABAH

Islamic Borneo Jambori (IBJ) = Sabah + Sarawak (‘’,) tapi ada jugak budak semenanjung join program ni…alhamdulillah. Bila berada dalam program yang sekampung dengan kita, terasa macam berada di kampung sendiri. Terubat jugaklah rindu di sana. Yang ni dengan sleng bugisnya, yang tu dengan bajaunya, yang nu dengan sarawakiannya. Satu kombinasi dan pertemuan yang memang cukup bernilai dari Sang Pencipta.

APA YANG MENARIK?

Betul ka program ni biasa-biasa jak? Apa yang menariknya? Nampak macam sama jak dengan program lain…emmm betulkah??? Rasanya tidak, join sendiri program ni baru tau apa yang menariknya. Hehehe, Insyaallah bermanfaat. Bagiku, memanglah setiap program tidak fully memenuhi citarasa apa yang kita mahukan. Memanglah akan ada cacat celanya, memboringkan, dan macam-macam lagilah. Tapi itu adalah satu yang normal dan menjadi adat dalam setiap program. Program yang dirancang dan dilaksanakan oleh manusia, sememangnya tidak akan dapat memenuhi keperluan dan citarasa manusia yang pelbagai fe’el ni. Itulah manusia…kalau mahukan program yang betul-betul cukup sempurna, pandanglah kehidupan yang kita lalui sekarang ini. Program yang Allah telah aturkan sejak azali lagi. Memang cukup sempurna dan menarik, dari segi cabaran hidup, nikmat hidup, dan banyak lagilah hal-hal yang berkaitan dengan hidup. Inilah program yang paling power (‘’,)…fikir-fikirkan.

Aku dan blog...

Emmm...ni kali yang ke 4 aku buat blog baru. Sebelum ni protazah.blogspot, pasatu bait-ruzitah.blogspot, yang ke 3 lamanruzitah.wordpress. harap-harapla ni yang last...('',)