Products Promotion

Baca Quran 2u

product

Price: RM130

Detail

Maskahwin

product

Price: RM20

Detail

Kedai-Buku.com

product

Price: Assorted

Detail

~Salam Imtihan~


Selamat lah...adik ku


tarian igal-igal, tarian tradisi org bajau (hihi senaman tangan bah)




Ni majlis sebelah perempuan...

hehe ada jgk igal2 ('',)

chaak! ni yati, anak buah yg bongsu...nnt besar yati jangan mengalai tau. takut nnt tangan tak boleh turun.hihi

Jangan Buat Sawang....WAHAI PEMILIK BLOG




Huhu...maafla Laman Ruzitah, lama dah tak post entry dalam bolg ni. Busy la kono' :P. tak busy sangat pun...ntah apa jak yang tak sempatnya. Nak buat sawang pun, buat la bagus-bagus.

Ok lah Laman Ruzitah...insyaallah lepas ni aku tak kan biarkan laman ni berhabuk tak kemas-kemas. Masih belum terlambat untuk mengucapkan hepi besday wat pemilik blog ni...dah 6 hari berlalu, 24 tahun dah rupanya ya. Emmm...SEMOGA ALLAH BERI KEKUATAN BUATMU WAHAI DIRI, BERIBADAH KEPADANYA, KUAT MENGHADAPI UJIANNYA, BANGUN DARI LENAMU YANG MENGASYIKKAN, HIDUP MU MAKIN JAUH, MATI MU SEMAKIN DEKAT. HADIAH APA YANG AKAN KAU PERSEMBAHKAN PADA PEMILIK HATI MU WAHAI DIRI...BANGUNLAH!!!

Jangan engkau biarkan sawang dalam diri mu itu semakin menghiasi hatimu...bersihkanlah hati mu...jagala hatimu supaya sentiasa mengingatiNYA. Sawang-sawang itu hanya hidup pada rumah-rumah yang tak berpenghuni...mati. Eh, rumah mati ka? memang pun mati...benda mati.
Kalau rumah yang ada orang tapi ada sawang gak cam mana plak???

Fikirlah sendiri wahai pemilik hati...:)

Adik ku sudah nikah...!


Alhamdulillah, 1 Mac 2010 merupakan tarikh yang bersejarah bagi adik ku Mohd. Azrul bin Hj. Sammah kerana telah menamatkan zaman bujangnya ('',)...ndak boleh jadi ni, langkah bendul sudah. Apapun, tahniah ya. Semoga Allah bagi kekuatan untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

Minta maaf sebab ndak dapat datang majlis walimah 13 Mac ni. Emm, ni nasib badanla, hari tu pun walimah abang tak dapat datang gak. Tapi tak palah, yang penting time walimah ku, aku datang. Hihi...
Azrul-baju biru with my parents

Mohd. Azrul...anak yang ke-4 dalam family, kira adik ku yang pertama la. Seorang yang cukup rajin, penyayang dan seorang budak yang degil ke sekolah time dulu-dululah. Dalam diam-diam, orang lain p sekolah dia betapuk plak di tandas belakang rumah. Tau-taulah rumah felda ni dulu, tandasnya di kebun...jauh sikit dari rumah. Sebulan kegiatannya ni baru kedapatan...mak ku bagitau dia ni takut kena buli, tu yang ponteng sekolah. Kalau aku tau siapa yang buli adik ku ni, siap dia. Cerita lain plak, satu hari aku ke sekolah berjalan kaki bersama-sama dengan adikku nilah, dan beberpa orang kawanku. Time tu sekolah rendah lagi. Sampai di tangga sekolah jak, dia pun cakaplah:

"kak, aku mo pulang ba..."

Time tu rasanya aku terkelu, tak tahu mau cakap apa dan tak ingat sama ada aku pujuk dia ataupun tidak. Tapi yang paling aku ingat, bila dia jalan menuju ke rumah yang jaraknya lebih kurang 1km tu, air mata ku jatuh entah ke mana...rasanya tak sempat jatuh kemana-mana kali, aku lap guna tudung ataupun hujung lengan baju sekolah ku.
"Adikmu pi mana?" salah seorang kawanku bertanya.

"Dia mo pulang" jawabku pendek.

Melihat aku mengesat air mata, kawan-kawanku tak berani tanya lagi...ini ingatan jangka panjangku, yang masih ada dalam ingatanku...adikku ponteng sekolah, cukup merisaukan aku. aku berfikir, macam mana la masa depannya kalau tak pi sekolah ni. Aku risau, mak bapa lagilah risau yang teramat sangat memikirkan anak-anak yang mengahadapi masalah sebegini.

Ini kisah dulu-dulu, kisah adikku yang ponteng sekolah. Hehe.

Alhamdulillah, walaupun dia pernah digantung sekolah dan diterima kembali ke sekolah...sekarang ni dia berjaya memiliki pekerjaan yang ku kira ok sesuai dengan kelulusannya ('',)
Selamat Pengantin baru istimewa buat adik ku Mohd. Azrul dan pasangannya Ziela. Semoga Allah melindungi kalian...salam manis penuh kasih sayang.

Salam Maulidur Rasul



BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).

Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).



MENTAATI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).

Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).



BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).



MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).



MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

www.iluvislam.com