Products Promotion

Baca Quran 2u

product

Price: RM130

Detail

Maskahwin

product

Price: RM20

Detail

Kedai-Buku.com

product

Price: Assorted

Detail

Hati ini jauh ka?

Ya Allah, sungguh hati ini seakan kontang. Berilah aku kekuatan untuk mengisi hati yang kian surut ini dengan inayah Mu ya Allah. Sungguh, hati ini terkadang rasa lemah...lemah kerana kurang mengingatim Mu disaat langit cerah menghampar. Dikala mendung, barulah hati ini menyapa Mu. Betapa hati ini berada dalam kehinaan, kelalaian, kealpaan....

Ya Allah, aku memohon dan merayu pada Mu. Janganlah Engkau biarkan hati ini terus hanyut mengejar fatamorgana yang entah dimana kesudahannya. HambaMu merayu ya Allah, berilah hati ini kesedaran yang berpanjangan...hati yang sentiasa mengadu pada Mu disaat cerah dan mendung. Pimpinlah hati hamba ini menjadi hati yang lembut pada kebenaran, hati yang lembut pada surat cinta Mu ya Allah...

Ya Allah, Engkau bersihkanlah hati hambaMu yang busuk lagi hina ini...hidupkanlah hati hambaMu yang kotor lagi hitam ini dengan rahmat dan kasih sayang Mu ya Allah...

HambaMu yang dhaif...

Hari Sambutan Freshie Borneo 2010 (Hati '10)


Salam Mahabbah kepada semua ahli Family Marsis. Khas untuk kampus sekitar Lembah Klang, pada 18 Julai 2010 (AHAD) ini akan di adakan HATI '10 bertempat di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Semua mahasiswa baru di jemput hadir. Mahasiswa 'lama' Sabah Sarawak pun di alu-alukan hadir sekali.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan khusus untuk adik-adik freshie sabah sarawak yang baru menjejaki alam kampus.
* Sukaneka
* LDK Bersama Senior
* Taaruf Mesra
* BBQ dan Makan-makan

Anda berpeluang mengenali rakan-rakan kampus lain dari sekitar lembah klang di samping mengenali senior-senior Sabah & Sarawak. Jom beramai-ramai memeriahkan HATI '10. Yuran penyertaan hanya RM5 sahaja. Untuk pendaftaran, bolehlah menghubungi Sist Fatmawati (UKM) : 0198319107. Tarikh tutup pendaftaran : 16 Julai 2010 (Jumaat).
Jumpa anda di sana nanti !

OKTI 2010 @}~



OKTI 2010 :)

Selamat Menempuh Alam Kampus Istimewa khas buat Mahasiswa/wi Sabah dan Sarawak
Operasi sudah...
Kenal sikit-sikit jak, kena dalam lagi...
Tambat xlama lagi...
Ikat akan datang...

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan Nya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap, lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/ keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu. Jika Engkau mentaqdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenankanlah permintaan ini...Amin Ya Rabbal 'Aa-lamain"




Jom...jalan-jalan Sandakan (Part 2)

2nd tempat yang sempat pegi ialah di taman apa ya...hehe lupa lak namanya, not bad la..kata mck tempt ni dulu popular...skrg mcm xsuda. mungkin jgk, sebab tengok taman ni xberapa d jaga sgt..hihi habisla aku klu pemiliknya tau aku komen mcm ni.


si rusa2 @ payau2 yang macam kelaparan, nampak kami jak semua meluru datang




hai wani...say ''hello''...burung ni pandai ckp hello jak







Dan ini yang last tempat aku p....


ndak masuk dalam hutan..hehe ada rezeki nnt datang blk la ya orang utan...ambil gambar dengan signboard ni cukup la kan :)



agak-agak apa jawapan kepada soalan ni?







Puding Caramel tanpa Telur


Bahan A:
2 sudu besar gula (hanguskan)/ madu

Bahan B:
1 bungkus agar-agar serbuk
4 cawan air
2 1/2 sudu besar gula

Bahan C:
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh vanilla
(campur sebati semua bahan C)

Cara-cara:
1. Didihkan bahan B ke dalam periuk, kecilkan api kemudian masukkan bahan C, kemudian kacau rata selama tiga minit atau sehingga adunan sedikit pekat
2. Matikan api kemudian tuang dalam adunan yang berisi gula hangus atau madu
3. Bekukan sentar dan hidang ( lebih sedap dihidang sejuk-sejuk)

Sedap :) pasti mo buat lagi